|  
 Pada  peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru  pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun  Ar-Rasyid. 
 Sumbangan  terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal  kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah  diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya  berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Beliaulah  yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia  alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu  kimia moden. Jabir  banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan  kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau  mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu  kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi,  beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia. Beliau  menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling  berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh  sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke  atas hukum nisbah tetap. Sumbangan  yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam  bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses  penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya  dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan  terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu. Pencapaian  praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan  mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam  penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik  membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik. Antara  beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah  dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik.  Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum  tidak ada duanya didunia. Oleh  sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai “Bapa Ilmu Kimia  Moden” oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max  Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan  ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada  karya-karya Jabir Ibnu Haiyan. Tegasnya,  Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu  kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli,  penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan  bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan  penyamakan kulit. Sumbangan  beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian,  serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga  mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea  eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk  mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam,  bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga  bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya: 
 Pada  abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia –  termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab’een,  telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya  telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada  tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy. Buku kedua, Kitab Al-Sab’een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula menterjemahkan  beberapa  buku beliau, yang antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury. Berikutnya  pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel  mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.  Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali  menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai  seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah. Buku  ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad  lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada  evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh  Jabir. Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab. | 
|  | 
Bagikan ke Teman & Pengikut:
- Klik untuk membagikan di Facebook(Membuka di jendela yang baru) Facebook
- Klik untuk berbagi di X(Membuka di jendela yang baru) X
- Klik untuk berbagi di Linkedln(Membuka di jendela yang baru) LinkedIn
- Klik untuk berbagi pada Reddit(Membuka di jendela yang baru) Reddit
- Klik untuk berbagi pada Tumblr(Membuka di jendela yang baru) Tumblr
- Klik untuk berbagi pada Pinterest(Membuka di jendela yang baru) Pinterest
- Klik untuk berbagi via Pocket(Membuka di jendela yang baru) Pocket
- Klik untuk berbagi di Telegram(Membuka di jendela yang baru) Telegram
- Klik untuk berbagi di Utas(Membuka di jendela yang baru) Utas
- Klik untuk berbagi di WhatsApp(Membuka di jendela yang baru) WhatsApp
- Klik untuk membagikannya ke Mastodon(Membuka di jendela yang baru) Mastodon
- Klik untuk berbagi di Nextdoor(Membuka di jendela yang baru) Nextdoor
- Klik untuk berbagi di Bluesky(Membuka di jendela yang baru) Bluesky
SaveSavedRemoved 0

Previous
Biografi Rico Verald

Next
 
 
                                     
                                     
                                     
                                    