Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)
-Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang,  Perak
-Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
-mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah.

Beliau  kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura.  Di Singapura, beliau mempelajari ilmu perubatan homeopati dan berjaya  mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India.  Denga kejayaan ini beliau telah membuka klinik di Johor Bahru dan di  Jalan Picitan, Singapura.
– Beliau seorang  berpegang kepada akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah, Bermazahab feqh  as-Syafei dan bertasawuf tariqat al-Naqsyabandiah.
Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,
• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Imim Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahgli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Perti Rakyat Malaya 1955

Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British. Dan antara menyokong gagasan Melayu Raya (iaitu suatu kesatuan Indonesia dan Malaysia sebagai sebuah negara Melayu). Beliau juga seorang nasionalis Melayu yang bertunjangkan kepada faham Islam.

Sumbangan kepada Gerakan Islam
Dr  Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang  mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik.  Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau  menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam  perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu.  Bahkan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebarang bentuk  penjajahan.
Beliau sentiasa bersikap  terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti  politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki  cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat  perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.
Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat  ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak  lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita  kemerdekaan. .PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya  meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah  warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta  sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah  jajahan. Beliau menekankan perjuangan Melayu dan Islam sebagai hak dan  daulat umat Melayu Muslim dalam konteks gagasan perjuangan ketuanan  Melayu dan kedaulatan Islam.
Karya dan Penulisan
• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957
• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957
* Simposium Tariqat Tasawuf
dan lain-lain
Kedudukan dan kepentingan Tasawuf
Beliau  menekankan kepentingan ilmu tasawuf dan membangkitkan sumbangan para  sufi dan ahli tariqat kepada umat Islam dalam dakwah, ilmu dan jihad.  Beliau menekankan bahawa kepentingan tasawuf dan amalan tariqat sebagai  teras kekuatan dan roh umat Islam.
Beliau  bercita-cita melengkapkan diri sebagai seorang ulama’ dan juga mendalami  ilmu2 Barat seperti psykologi, ekonomi, bahasa Inggeris, sains,  Biologi, Kurikulum, Falsafah, Undang-undang antarabangsa dan Sejarah  serta ilmu agama terutamanya tasawuf. 
sumber 
Bagikan ke Teman & Pengikut:
- Klik untuk membagikan di Facebook(Membuka di jendela yang baru) Facebook
 - Klik untuk berbagi di X(Membuka di jendela yang baru) X
 - Klik untuk berbagi di Linkedln(Membuka di jendela yang baru) LinkedIn
 - Klik untuk berbagi pada Reddit(Membuka di jendela yang baru) Reddit
 - Klik untuk berbagi pada Tumblr(Membuka di jendela yang baru) Tumblr
 - Klik untuk berbagi pada Pinterest(Membuka di jendela yang baru) Pinterest
 - Klik untuk berbagi via Pocket(Membuka di jendela yang baru) Pocket
 - Klik untuk berbagi di Telegram(Membuka di jendela yang baru) Telegram
 - Klik untuk berbagi di Utas(Membuka di jendela yang baru) Utas
 - Klik untuk berbagi di WhatsApp(Membuka di jendela yang baru) WhatsApp
 - Klik untuk membagikannya ke Mastodon(Membuka di jendela yang baru) Mastodon
 - Klik untuk berbagi di Nextdoor(Membuka di jendela yang baru) Nextdoor
 - Klik untuk berbagi di Bluesky(Membuka di jendela yang baru) Bluesky
 
SaveSavedRemoved 0